Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Jabatan Akademik; Jabatan Teknologi Maklumat Komunikasi (JTMK), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Jabatan Perdagangan (JP) dan Unit Keusahawanan PMJ telah menganjurkan Program Cakna Exam. Program ini kini kembali setelah terhenti disebabkan pandemik yang berlangsung sepanjang minggu peperiksaan.

Barisan pensyarah dan staf PMJ dikenali sebagai #DapurLecturer bergotong-royong menyediakan makanan bermasak untuk pelajar-pelajar PMJ. Makanan (ready to eat) yang berkonsepkan First Come First Serve diletakkan di laluan utama masuk Dewan Permata Marjan pada jam 10.30 pagi. Objektif program ini ialah untuk membantu para pelajar dan memberi fokus kepada pelajar yang mempunyai kekangan masa dan kewangan ketika hari peperiksaan akhir bagi Sesi II 2021/2022.
Turut hadir sama memeriahkan program; Timbalan Pengarah Akademik, Hj Hamzah bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Ts Suhana binti Ismail, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, En Mohd Fairullah bin Muhammadon, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik Pn Syariffah Othman, dan wakil-wakil ketua jabatan JTMK dan JP.