Pensyarah Pelawat Industri (PPI) Jabatan Perdagangan (JP) telah menganjurkan Seminar Pengurusan Imej dan Personaliti di Dewan Kuliah 2, Politeknik Mersing. Sesi seminar ini telah disampaikan oleh Puan Yanti binti Ahmad, Pengurus Syarikat Yann Rifft Empire dan merupakan juga Rakan Kolaborasi JP.

Penganjuran seminar ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan lebih mendalam kepada para pelajar melalui sesi perkongsian berkaitan tatacara penampilan diri secara professional; meningkatkan personaliti diri dan etiket sosial. Seminar ini memberi peluang kepada para pelajar untuk melihat dan berkomunikasi dengan lebih dekat bersama penceramah melalui sesi demonstrasi khas bagi tatacara penampilan diri dipraktikkan secara bersemuka.