10 Jun 2022 - Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Pelajar DSK 5 telah mengadakan Majlis Pra-Graduan bagi sesi II 2021/2022 di Dewan Permata Marjan, Politeknik Mersing. Majlis ini telah berlangsung dengan meriah bagi meraikan pelajar-pelajar semester 5 yang akan menjalani latihan industri tidak lama lagi. Dengan bertemakan pakaian tradisional majlis diserikan dengan kehadiran Pengarah Politeknik Mersing Puan Hilmun binti Mohamed, Timbalan Pengarah Akademik; Tn Hj Hamzah Zakaria, Penasihat-penasihat Akademik Semester 5 dan pelajar-pelajar semester 5 sesi II 2021/2022. Syabas dan tahniah kepada semua.