8 Jun 2022- Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK), Politeknik Mersing telah menganjurkan Hari Ko-Kurikulum Sesi II: 2021/2022 bertempat di Dewan Permata Marjan. Program ini merupakan salah satu program yang dijalankan oleh Jabatan Perdagangan (JP), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) untuk memenuhi kursus wajib yang terdapat dalam struktur program selain memupuk pemikiran kritis, kemahiran menyelesaikan masalah, mengelola aktiviti dan organisasi di kalangan pelajar.