5 Jun 2022 - Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) telah menganjurkan Program CSR pelajar “Sharing knowledge Internet of Things (IoT)” telah diadakan di Maahad Tahfiz Al-Khairiah Mersing pada 18 Mei 2022 bertemakan “Have fun with IoT”.
 
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkukuh kemahiran kepimpinan, kemahiran komunikasi dan kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan diri pelajar yang bertindak sebagai fasilitator dan jawatankuasa pelaksana. Selain itu, memperkenalkan dan mempromosikan bidang Teknologi Maklumat di Politeknik Mersing kepada masyarakat setempat.
Semoga program ini dapat memperkaya dan memperkukuhkan jaringan serta penglibatan yang produktif, sistematik dan lestari dengan Maahad Tahfiz Al-Khairiah Mersing.