Sekitar Majlis Jalinan Aidilfitri Ukhwah Terpateri dan Perhimpunan Bulanan Mei 2022 anjuran Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) dan Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP). Turut hadir Puan Hilmun binti Mohamed, Pengarah PMJ bersama Timbalan Pengarah Akademik, Tuan Haji Hamzah bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik – Ts. Suhana binti Ismail serta Barisan Ketua-ketua Jabatan, Barisan Pengurusan PMJ, Barisan Ketua-ketua Program/Kursus, dan juga warga kerja PMJ.
 
Majlis diserikan dengan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh bagi bulan April dan Mei 2022 iaitu Puan Norlizawati Binti Mohd Kadry, Puan Siti Anis Marina Binti Mohd Nasir, Cik Norhidayatul Fazlin Binti Suaga, Puan Nurul Asyikin Binti Mad Yusof dan Puan Nor Faizah Binti Muhamed.