Mersing, 13 Mei 2022 – Pelajar-pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK) Semester 5 Politeknik Mersing seramai 25 orang telah menganjurkan Program Jalinan Kasih bersama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Mersing (PKAYI) di sekitar kawasan Bandar Hilir Melaka iaitu di Muzium Kesultanan Melaka, Kota A’ Famosa dan Muzium Penjara Malaysia Melaka. Program ini diadakan bagi memenuhi keperluan Kursus Event Organizaion (DPK50183) bagi Sesi II 2021/2022.
Program yang berlangsung selama 2 hari iaitu 12 - 13 Mei 2022 (Khamis dan Jumaat) yang melibatkan seramai 26 orang anak-anak yatim berumur antara 9 tahun hingga 17 tahun. Program ini turut diiringi oleh Puan Azura binti Ismail, Ketua Program DSK serta pensyarah- pensyarah DSK, Cik Fatin Salwa binti Mat Yusof, Cik Nor Izian Izzaty binti Noor Azhar dan Encik Mohd Azizol bin Abdul Aziz dan wakil PKAYI Encik Muhamad Masanizam bin Edris dan Puan Faridah binti Deraman.
Program ini tercetus atas keinsafan dan kesedaran bahawa anak-anak yatim adalah pelengkap kepada sebuah masyarakat yang aman dan harmoni. Selain itu, untuk memberi pendedahan kepada pengaplikasian pengetahuan, nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik kuliah.
 
Program berakhir di Restoran Cafeology, Melaka turut dihadiri oleh Pengarah Politeknik Mersing, Puan Hilmun Binti Mohamed. Beliau turut mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sepanjang program ini berlangsung. Semoga pelaksanaan program ini dapat memberi impak yang positif kepada anak-anak yatim dan golongan masyarakat agar tidak terpinggir daripada sosial atau berfikiran terasing.