Pensyarah Pelawat Industri (PPI) Jabatan Perdagangan (JP) telah menganjurkan program Pendedahan Keusahawanan Sosial di Dewan Kuliah 2, Politeknik Mersing.
Sesi ceramah ini telah disampaikan oleh Puan Yanti binti Ahmad, Pengurus Syarikat Yann Rifft Empire dan merupakan juga Rakan Kolaborasi JP.
Objektif program ini untuk memberi pendedahan kepada pelajar sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan dan membina keyakinan diri bagi membangunkan sesuatu perniagaan.
 
Pendedahan keusahawanan sosial terhadap pelajar amat penting kerana ia merupakan salah satu alternatif kepada penciptaan peluang pekerjaan yang baharu sebagai persediaan sebelum bergraduat.