25 April 2022.   Majlis berbuka puasa bersama YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor diadakan di Dewan Permata Marjan, Politeknik Mersing.
 
Politeknik Mersing telah terpilih untuk lokasi terakhir dalam siri lawatan Menteri Besar bersama Exco-Exco Negeri Johor di daerah Mersing.
Diantara pengisian pada majlis tersebut ialah YAB Menteri Besar menyampaikan sumbangan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) kepada golongan asnaf, tazkirah oleh Tuan Kadi Daerah Mersing, aluan nasyid dan selawat.
Penganjuran program seumpana ini diharapkan dapat mengeratkan lagi ukhwah antara satu sama lain dan dapat menyedarkan masyarakat mengenai tanggungjawab sebagai seorang muslim yang sewajibnya membantu golongan yang memerlukan.