Perpustakaan Nilam Sari, Politeknik Mersing telah mengadakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2022 pada 21 April 2022 (Khamis), bermula jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi. Program ini merupakan program utama sektor perpustakaan yang dijalankan sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Ia juga merupakan komitmen sektor perpustakaan di seluruh Malaysia bertujuan meningkatkan amalan dan budaya membaca di kalangan masyarakat Malaysia.