Politeknik Mersing melalui Persatuan Alumni PMJ telah melaksanakan projek "PDPR Gadjet Donation Project" khusus untuk membantu pelajar-pelajar dari enam buah sekolah angkat PMJ untuk mendapatkan peranti bagi kegunaan pembelajaran di rumah. Sebanyak 54 buah telefon pintar Redmi 9A telah dibeli menggunakan dana yang telah dikumpulkan.
Serahan Fasa 2 telah dilaksanakan pada 3 dan 4 Oktober 2021. Pada kali ini, penyerahan dibuat di sekolah melalui Pengetua / Guru Penolong Kanan sekolah. Puan Pengarah juga turut bersama-sama turun padang untuk menyerahkan sendiri peranti. Serahan kepada sekolah Angkat Politeknik Mersing adalah seperti di bawah:
 
3 Oktober 2021 -
Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin, Endau
Sekolah Menengah Kebangsaan Nitar
Sekolah Menengah Kebangsaan (FELDA) Tenggaroh
 
4 Oktober 2021 -
Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mersing
Sekolah Menengah Kebangsaan Anjung Batu
 
Untuk rekod, serahan pertama sebanyak 48 peranti telah dilakukan pada Khamis, 05.08.2021 kepada 6 buah sekolah angkat Politeknik Mersing. Projek ini masih lagi diteruskan untuk mendapatkan 18 unit telefon pintar lagi bagi penyerahan Fasa 3.
Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat seterusnya memudahkan urusan pembelajaran pelajar. Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah bermurah hati menyalurkan dana.