14 OKTOBER 2021: Politeknik Mersing telah menerima bantuan bekalan makanan sebanyak 195 bungkusan kepada PMJ dan 55 bungkusan bagi Sukarelawan PMJ yang berupa beras, minyak masak serta aneka barang keperluan asas melalui program Foodbank YaPEIM 3.0. Pengurus Negeri YaPEIM Johor, Tuan Tajul Ariffin Harun menyampaikan sumbangan kepada Puan Suhana binti Ismail, Wakil Puspanita Cawangan Kecil PMJ, Encik Mohd Fairullah Bin Muhammadon (Ketua Unit) Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Encik Mohamad Iqbal Hakim Bin Che Omar, Pegawai Sukarelawan PMJ.
 
YaPEIM adalah sebuah institusi yang terlibat dalam Sosial Bisnes, Aktiviti Bisnes, Pembangunan Sosioekonomi Ummah dan Amal Jariah. Foodbank YaPIEM 3.0 merupakan kesinambungan daripada Foodbank YaPIEM 2.0 merupakan inisiatif untuk membantu kelompok sasar mendapat bantuan yang sewajarnya sepanjang tempoh pandemik ini.
 
PMJ berbesar hati dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih usaha pihak YaPIEM dalam memakmurkan kehidupan khususnya golongan keluarga berpendapatan B40 yang amat memerlukan bantuan dan sokongan untuk meneruskan kehidupan yang lebih bermakna. Besarlah harapan agar program murni ini diteruskan untuk kejayaan di masa akan datang.