21 SEPTEMBER 2021, Satu mesyuarat telah di adakan secara dalam talian yang disertai oleh beberapa industri yang telah dilantik oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Tujuan Mesyuarat Penasihat Industri (Industrial Advisory Committee) ialah untuk memberikan cadangan objektif jangka panjang kepada politeknik dan melaksanakan perancangan masa depan selain menetapkan keutamaan dalam pembangunan aktiviti politeknik bersama industri.
Majlis dirasmikan oleh Dato’ Ts. Dr Haji Amirudin Abdul Wahab, CEO Cyber Security Malaysia (CSM) yang juga dilantik sebagai CEO@PolyCC JPPKK. Turut hadir bersama ialah Pengarah PMJ, Puan Hilmun binti Mohamed, Timbalan Pengarah Akademik, Encik Hamzah bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik – Tn. Hj. Lajakarek Bin Mohd Amin, Barisan Ketua-ketua Jabatan, Barisan Pengurusan PMJ, Barisan Ketua-ketua Program/Kursus, Barisan Industri yang dilantik dan juga Pengerusi Alumni PMJ
 
Antara Industri yang terlibat ialah:
1. Cyber Security Malaysia Sdn. Bhd.
2. Supreme Didactic Sdn. Bhd.
3. Cytron Engineering Sdn. Bhd.
4. UBM Engineering
5. Yantt Rift Empire
6. Teralogic Solutions Sdn Bhd
7. Suria Pembekal Umum Sdn. Bhd.
8. Caspian Consultancy
9. Cggu Jinggu consultancy
 
Dengan kolaborasi strategik yang bakal diadakan ini, kedua-dua pihak akan mengadakan kerjasama dalam menjayakan aktiviti seperti perkongsian kepakaran dalam pelbagai bidang, perkongsian ilmu melalui kursus kompetensi, pembangunan kemahiran, seminar, bengkel, penyelidikan dan inovasi. Selain itu, anjakan strategi dan proses kerja sejajar dengan aspirasi untuk menarik, membangun dan melahirkan modal insan berkemahiran. Jalinan silaturrahim dan perkongsian ilmu antara pelajar dalam aspek akademik, sukan, budaya dan kokurikulum.