Minggu Orientasi Siswa PMJ telah berlangsung bermula 19 September sehingga 21 September 2021. PMJ telah menerima seramai 482 orang siswa siswi yang terdiri daripada 296 pelajar lelaki dan 186 pelajar perempuan. Ia tetap dijalankan dengan menyediakan perkhidmatan yang terbaik menerusi pengisian-pengisian yang berguna serta terkini untuk dipanjangkan dan dimaklumkan kepada siswa dan siswi sekalian yang baru mendaftar.
 
Para pelajar baharu turut dibekalkan pelbagai input-input yang berguna seperti pendaftaran, kebajikan, penajaan/biasiswa, peraturan disiplin, tatacara pengajian dan sebagainya kepada anda daripada sesi-sesi yang telah diadakan. Walaupun atas talian, taklimat-taklimat yang disampaikan secara dua hala dan turut disediakan aktiviti permainan atas talian seperti Quiziz dan Kahoot bagi memeriahkan dan menambah kefahaman yang jelas.
 
Majlis Perasmian Penutup MOS kali ini telah disempurnakan oleh YB Hajah Alwiyah Binti Talib merangkap ADUN Endau. Yang Behormat turut mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baharu ke Daerah Mersing yang sangat cantik dan indah.
Semoga para siswa dapat memanfaatkan segala peluang yang ada sebaik-baiknya di Politeknik ini demi kemajuan diri dan berusaha untuk berjaya dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran memikul amanah diri, keluarga, bangsa dan negara.
 
SELAMAT DATANG KE PMJ!