19 SEPTEMBER 2021, Majlis menandatangani AMM di antara Politeknik Mersing dengan institusi-institusi Pendidikan Indonesia yang telah dirasmikan secara dalam talian oleh Puan Yusma Binti Yusof, Pengarah Bahagian Kolaborasi Industry & Komuniti, JPPKK.
 
Institusi kolaborasi Indonesia yang terlibat:
1. POLITEKNIK CALTEX RIAU
2. POLITEKNIK NEGERI BANDUNG
3. POLITEKNIK NEGERI SEMARANG
4. UNIVERSITAS IBNU SINA
5. BINA INSANI UNIVERSITY
6. POLITEKNIK JAMBI
7. POLITEKNIK KAMPAR
8. SEKOLAH TINGGI EKONOMI ISLAM (STEI) HAMFARA, YOGYAKARTA
Bermula tahun 2020, landskap Pendidikan global telah berubah hampir 180 darjah disebabkan oleh pandemik Covid-19. Interaksi bersemuka kini diambil alih pertemuan di alam maya. Namun, proses pembelajaran tidak terhenti malahan ianya membuka ruang untuk kita meneroka cara baru untuk berinteraksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
PMJ merupakan antara Politeknik Malaysia yang aktif dalam penglibatan pertukaran pelajar antarabangsa. Antara program yang telah kami sertai ialah SEA-TVET STUDENT EXCHANGE PROGRAMME UNDER SEAMEO SOUTHEAST ASIA POLYTECHNIC NETWORK. Di samping itu, Politeknik Mersing juga telah menganjurkan program INBOUND MOBILITY PROGRAMME: EXCHANGE TVET STUDENT dimana kami telah menjemput 11 institusi teknikal daripada Indonesia ke Politeknik Mersing untuk merasai pengalaman menjalani kuliah di sini di samping berkongsi kemahiran dan pengalaman dalam bidang Pendidikan. Kami juga telah menghantar delegasi untuk memenuhi undangan rakan kolaborasi dalam OUTBOUND STUDENT MOBILITY & KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME. Malah, penglibatan kami tidak terhenti di situ. Dalam masa terdekat, kami akan mengadakan VIRTUAL EDUCATIONAL & CULTURAL COMPETITION 2021 (VeCC’21), Liga Ilmu Serantau (LIS) serta beberapa siri Webinar bagi meningkatkan kesefahaman dan menggalakkan perkongsian dan pertukaran idea serta budaya di kalangan rakan kolaborasi antarabangsa kami.
Menurut Pn. Yusma Bin Yusof, Pengarah BKIK bagi mewakil JPPKK menyambut baik dan memberi sokongan penuh dalam usaha Politeknik Mersing untuk mengorak langkah merapat silaturahim antara institusi pendidikan serantau Malaysia dan Indonesia bagi meningkatkan kecemerlangan yang berterusan. Dengan terjalinnya kolaborasi rasmi di antara Politeknik Mersing dan 8 institusi antarabangsa pada hari ini, kita dapat merancakkan lagi aktiviti-aktiviti pembelajaran global di masa akan datang meskipun kita masih lagi dalam proses pulih dari pandemik Covid-19.