JTMK, PMJ telah menghantar 19 penyertaan dari pelajar semester 2 hingga 5 dan 2 pensyarah untuk bertanding dalam Pertandingan Pengaturcaraan Komputer 2021 anjuran Fatihah Education Consultant.
Pertandingan ini telah diadakan secara dalam talian pada 3 Julai 2021.
 
Tujuan pertandingan adalah untuk:
1. Menarik minat pelajar secara mendalam terhadap subjek pengaturcaraan.
2. Menggunakan matematik dan pengaturcaraan sebagai alat untuk pelajar menyelesaikan masalah dengan kemahiran berfikir secara logik, kritis dan kreatif.
 
PMJ telah berjaya merangkul anugerah berikut:
Anugerah Kumpulan Terbaik (Kategori Tengah)
Ranking Individu (Kategori Tengah)
3 Emas
Muhammad Dhaifullah bin Muhamad Ali Cheah
Mohamad Zarif bin Mohd Zulkifri
Lim Shi Song
6 Sanjungan Kehormat
Muhammad Akmal Syafiq bin Sabri
Halim Shah Hanafi bin Muhammad Hanafiah
Mohamad Izzuddin bin Ruslan
Mohamad Hafiz bin Mohd Irwan
Tem Jing Wei
Amirul bin Abdul Latip
Kategori Guru
1 Perak - Puan Noor Hayati binti Basan
1 Gangsa - Puan Zuraidah binti Mohd Ramly
TAHNIAH & SYABAS diucapkan kepada pelajar dan pensyarah terlibat.