Politeknik Mersing melalui Persatuan Alumni PMJ telah melaksanakan projek "PDPR Gadjet Donation Project" khusus untuk membantu pelajar-pelajar dari enam buah sekolah angkat PMJ yang sangat memerlukan. Sasaran projek ini adalah untuk mengumpul dana bagi mendapatkan 120 peranti elektronik pintar bagi membantu memudahkan pembelajaran mereka.
Penyerahan Fasa 1 telah dibuat pada 5 Ogos 2021 bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Mersing. Sebanyak 48 telefon pintar Redmi 9A dan dua tab Samsung telah diserahkan dalam sesi penyerahan ini. Kesemua peranti elektronik ini telah dibeli menggunakan dana yang telah dikumpulkan dan ada juga peranti yang disumbangkan oleh orang awam.
Sebanyak 6 buah sekolah telah menerima sumbangan ini dan ia diserahkan kepada wakil setiap sekolah. Wakil yang hadir adalah:
1. Pengetua SMK Ungku Husin
2. Pengetua SMK Seri Mersing
3. Guru Penolong Kanan HEM SMK Mersing
4. Guru Penolong Kanan HEM SMK Tenggaroh
5. Guru Penolong Kanan HEM SMK Nitar
6. Guru Penolong Kanan I SMK Anjung Batu
Turut serta dalam sesi penyerahan ini adalah Tuan Haji Lajakarek Bin Mohd Amin, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PMJ.
Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat seterusnya memudahkan urusan pembelajaran pelajar. Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah bermurah hati menyalurkan dana.