Politeknik Mersing telah berjaya meraih tempat ketiga kategori Intitusi Pengajian Tinggi dalam Pertandingan video pendek Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) 2020 anjuran Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Majlis Negara Bagi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) sempena sambutan Minggu Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Kebangsaan 2020.
Tahniah diucapkan kepada pasukan Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan PMJ kerana telah bertungkus-lumus menghasilkan video ini sehingga beroleh kemenangan.