4 Mei 2021 - Puan Hilmun binti Mohamed, pengarah Politeknik Mersing telah menerima kunjungan hormat dari Tuan Haji Saiful Bin Atan, Pegawai Pendidikan Daerah Mersing bersama-sama dengan barisan pengurusan kanan Pejabat Pendidikan Daerah Mersing (PPD).
 
Dalam pertemuan selama kira-kira sejam, PMJ dan PPD tlah berbincang bagaimana untuk bekerjasama dengan lebih erat bagi meningkatkan kemenjadian pelajar. Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk meningkatkan pengambilan pelajar PMJ yang berasal dari Mersing dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Unit Psikologi dan kaunselor sekolah.
PMJ juga turut bersetuju untuk menawarkan kursus pembelajaran sepanjang hayat berkaitan dengan teknologi pembelajaran maya dan juga yang berkaitan dengan teknologi internet kebendaan (IOT) serta robotik kepada guru-guru sekolah.
Semoga jalinan kerjasama dan hubungan baik ini akan terus disuburkan bagi merealisasikan gagasan 'Sekolah untuk komuniti, universiti untuk masyarakat'.