Alhamdulilah, PRK PMJ telah melabuhkan tirai tepat jam 5.00 petang (07.04.2021) dengan menyaksikan persaingan sengit calon merebut kerusi yang dipertandingkan dan disaksikan secara langsung oleh Puan Pengarah Politeknik Mersing, Hajah Hilmun Bin Mohamed dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Tuan Haji Lajakarek Bin Mohd Amin. Peratusan jumlah pelajar keseluruhan pelajar yang keluar mengundi adalah 91.64% dengan statistik pecahan pelajar Jabatan yang keluar mengundi adalah

Pelajar JP : 99.05%
Pelajar JTMK : 94.83%
Pelajar JKE : 83.90%

Di dalam pilihanraya tersebut menyaksikan perebutan kerusi :

i. 12 calon bertanding merebut 7 kerusi Tertinggi MPP PMJ
ii. 9 calon merebut 6 kerusi Jabatan JTMK
ii. 13 calon merebut 6 kerusi Jabatan JKE
iv. 10 calon merebut 6 kerusi Jabatan JP

Pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar PMJ mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelajar Politeknik Mersing yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Pihak HEP PMJ juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan PRK PMJ 2021 ini terutama kepada pihak pengurusan PMJ, Ketua-ketua Jabatan Akademik, warga HEP PMJ, pensyarah dan penasihat akademik dalam memastikan pelajar PMJ menunaikan hak mereka sebagai pengundi. TAHNIAH DAN SYABAS!!