PMJ menyantuni Kampung Batu Puteh, Parit Sulong dalam program sukarelawan Polycc@Community Fasa 2 pada 27 -28 Mac 2021.
Dalam program ini, PMJ telah memperbaiki sebuah rumah asnaf dengan kerjasama yang baik bersama penduduk kampung. Antara kerja-kerja pembaikan adalah seperti merobohkan dinding dapur yang agak usang dan memperbaiki semula dengan gantian yang baru, membuat smula simen bahagian dapur, membuat pendawaian dengan menggantikan semula DB Board, menambah tiga buah lampu, satu kipas angin dan 4 soket keluaran dan menggantikan semula tingkap dapur.
Alhamdulilah program berjalan dengan lancar. Seramai 15 sukarelawan YES pelajar telah terlibat dalam program ini bersama-sama Tuan Haji Yusof (Timbalan Pengarah Akademik), En Mohd Fairullah (ketua unit HEP), En Nazrul (pensyarah JKE), En Najib (pensyarah JMSK) dan En Salehan (HEP). Turut hadir bersama ketua kampung, Wakil pegawai khas YB Menteri Pengajian Tinggi dan Imam surau kampung bersama beberapa orang penduduk kampung. Program berjalan mengikut SOP yang telah ditetapkan.