Politeknik Mersing telah menerima kunjung hormat dari UNIKL Kampus Cawangan MITEC. Kunjung hormat ini diketuai oleh Ts. Dr. Ishamuddin Bin Mustapha, Dekan UNIKL MITEC bersama-sama dengan Dr. Khairul Firdaus Adrutdin, Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Gaya Hidup Kampus dan En Mohd Shamri Abu Nasir, Pegawai Pemasaran.
Delegasi dari UNIKL MITEC ini telah disambut mesra oleh Puan Hilmun Binti Mohamed, Pengarah PMJ bersama-sama pegawai pengurusan yang lain.
Tujuan kunjung hormat ini diadakan adalah untuk menerangkan dan membincangkan mengenai peluang melanjutkan pengajian bagi pelajar-pelajar PMJ di UNIKL MITEC. Hasil daripada perbincangan ini diharap dapat memberi manfaat jangka masa panjang kepada pelajar-pelajar politeknik.