Sukacita dimaklumkan Puan Hajah Hilmun Binti Mohamed, Pengarah Politeknik dan Tuan Haji Hamzah Bin Zakaria, pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah menerima pangkat Pertahanan Awam (Bersekutu) dalam Majlis Perasmian Perasmian Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia pada 13 Mac 2021 bertempat di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS). Majlis pemakaian pangkat dan pentauliahan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md. Yusof, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas). Dalam majlis ini, Puan Hajah Hilmun serta Tuan Haji Hamzah masing-masing telah menerima pangkat seperti berikut:

𝐋𝐭. 𝐊𝐨𝐥. 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮 (𝐏𝐀) 𝐇𝐢𝐥𝐦𝐮𝐧 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐞𝐝 dan
𝐌𝐞𝐣. 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮 (𝐏𝐀) 𝐇𝐚𝐦𝐳𝐚𝐡 𝐛𝐢𝐧 𝐙𝐚𝐤𝐚𝐫𝐢𝐚

Tahniah diucapkan!