Pada 24 dan 25 Ogos yang lalu, PMJ telah berbesar hati menerima kunjungan dari Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) yang diketuai oleh Puan Hajah Rashidah Binti Mustapa, Pengarah PIS merangkap Pengerusi Pengarah Politeknik & Kolej Komuniti Zon Selatan. Tujuan lawatan ini adalah bagi melihat pelaksanaan bilik Mama Friendly dan proses pembelajaran atas talian yang dijalankan di PMJ.
Pasukan e-Pembelajaran PMJ serta pasukan Kelab Staf & Rekreasi PMJ telah berkongsi pengetahuan dan kemahiran mengenai hasil kerja mereka. Semoga ilmu yang telah dikongsi ini membawa manfaat dan keberkatan buat semua.