Politeknik Mersing telah menerima lawatan penanda aras daripada delegasi Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat, Selangor (ILPKLS) yang diketuai oleh YBhg. Ts. Dr. Muhammad bin Yusof, Pengarah ILP Kuala Langat. Sementara itu, YBhg. Puan Hilmun binti Mohamed, Pengarah PMJ telah mengetuai sesi lawatan ke JTMK serta sesi perkongsian ilmu di antara kedua-dua pihak.
Delegasi daripada ILPKLS telah dibawa melawat ke makmal-makmal di JTMK bagi melihat kemudahan yang disediakan. Makmal yang terlibat adalah makmal FCCN (Cisco Academy), makmal FCN2 dan makmal FIS (Cyber Range Academy). Selain itu, berlangsung sesi perkongsian pengalaman serta perbincangan ringkas di antara pensyarah JTMK dengan pensyarah ILPKLS.
Terima kasih delegasi ILPKLS di atas lawatan ini. Semoga pertemuan hari ini akan menjadi titik permulaan jaringan kerjasama yang lebih erat di antara PMJ dan ILPKLS.
 
Sumber : Unit Perhubungan JTMK