Alhamdulillah, 19 Mei 2020, Politeknik Mersing telah berjaya menghantar pulang 6 orang pelajar ke Tawau dan Sandakan melalui KLIA. Ini merupakan kumpulan terakhir pelajar-pelajar yang dihantar pulang.

Seperti biasa, pelajar, pemandu serta pegawai pengiring akan menjalani ujian saringan kesihatan. Kemudian kenderaan dan beg para pelajar akan disanitasi.

Syabas diucapkan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar serta bilik Gerakan Covid19 PMJ kerana telah berusaha dan bertungkus lumus menjaga kebajikan semua pelajar sepanjang PKP.

Kepada para pelajar, semoga ketika ini anda semua sedang gembira di samping keluarga. Pastikan anda sentiasa patuh kepada arahan kerajaan negeri demi keselamatan kita bersama.