Pada 20 Mei 2020, Rumah Ngaji Politeknik Mersing telah menerima sumbangan dari Rumah Ngaji Negeri Johor untuk disampaikan kepada asnaf terpilih sempena Aidilfitri yang bakal menjelang.

Sumbangan ini telah diberikan kepada beberapa pekerja landskap dan pembersihan PMJ. Sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohamad Yusof Bin Sulaiman, Timbalan Pengarah PMJ.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban Tuan dan Puan yang menerimanya. 🥰