Terdapat dua orang pelajar PMJ yang sedang menjalani latihan industri di Selangor yang terkandas sejak dari PKP 1. Kedua-kedua pelajar ini telah dibawa ke Politeknik Shah Alam (PSA) untuk menetap di kamsis PSA.

Kenderaan PMJ yang bergerak ke KLIA2 bertanggungjawab untuk mengambil pelajar-pelajar ini untuk dihantar ke IPD Johor Selatan dan IPD Sri Alam.

Proses saringan kesihatan dan keselamatan pergerakan pulang kedua-dua pelajar ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh PSA.

PMJ mengucapkan setinggi penghargaan kepada PSA kerana telah menjaga kebajikan pelajar kami sepanjang mereka berada di sana.

Terima kasih juga kepada seluruh warga kerja PMJ yang telah bertungkus lumus memastikan kebajikan setiap pelajar PMJ yang terkandas sewaktu PKP dijaga dengan sebaik mungkin💪💪