Pensyarah Pelawat Industri (PPI) Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) telah menganjurkan Program Lawatan Ilmiah Industri Vast Evolve Sdn.Bhd, Pasir Gudang, Johor pada Khamis, 18 Mei 2023. Seramai 40 orang pelajar dan 5 orang pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah terlibat sepanjang program ini berlangsung. Pendedahan dan perkongsian ilmu telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung.
Sesi perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh En. Mohamad Fikhrie selaku HR di Vast Evolve Sdn Bhd.
Objektif program ini untuk memberi peluang kepada pelajar mendapatkan pengalaman sebenar dalam industri dan perkaitannya dengan alam sekitar. Pelajar didedahkan proses renewable energy dan bidang elektrik yang berkaitan di industri. Selain itu, ia juga dijadikan persediaan pelajar menghadapi latihan industri dan alam pekerjaan kelak.
Pendedahan industri terhadap pelajar amat penting kerana dapat mendedahkan kepada pelajar kepada realiti industri sebenar. Ia juga merupakan salah satu alternatif kepada penciptaan peluang pekerjaan yang baharu sebagai persediaan sebelum pelajar graduat.