8-12 Mei 2023
PMJ Robotics telah berjaya meraih kemenangan dalam pertandingan Fira Malaysia 2023 yang berlangsung di Politeknik Seberang Perai pada 8 hingga 12 Mei 2023.
Dalam pertandingan yang berlangsung itu, PMJ Robotics telah berjaya memenangi tiga anugerah yang amat bermakna. Pertama sekali, pasukan PMJ telah Berjaya meraih pingat emas dalam kategori AiRDrone - Emergency & Delivery. Kejayaan ini merupakan pengiktirafan atas usaha gigih mereka dalam menghasilkan drone yang boleh digunakan dalam keadaan darurat dan bagi kegunaan penghantaran barang.
Pasukan PMJ juga telah berjaya memenangi pingat perak dalam kategori Simurosot Autonomous Drone Challenge. Kejayaan ini juga telah membuktikan bahawa PMJ Robotics telah berjaya menghasilkan drone yang dapat bergerak secara mandiri dan dapat menavigasi cabaran yang diberikan dalam pertandingan ini.
 
Terakhir sekali, mereka telah berjaya meraih pingat gangsa dalam kategori AiRDrone - Fpv Race. Kejayaan ini menunjukkan bahawa pasukan mereka tidak hanya terampil dalam menghasilkan drone yang berguna dalam keadaan darurat, tetapi juga mempunyai kecepatan dan keahlian yang tinggi dalam mengendalikan drone.
Secara keseluruhanya, pasukan PMJ telah berjaya meraih tempat ke-7 dari semua yang menyertai pertandingan ini.
 
Seluruh warga PMJ ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli pasukan PMJ Robotics yang telah bekerja keras sepanjang persediaan dan semasa pertandingan berlangsung. Buat kesemua Jurulatih yang terlibat, Syabas dan Tahniah diatas segala tunjuk ajar sehingga memperolehi kejayaan ini.