Satu pertemuan antara wakil Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM) Cawangan Johor dan Politeknik Mersing untuk membincangkan bidang kerjasama antara politeknik dan industri telah berlangsung dengan jayanya. Syarikat Jun Chong Sdn Bhd telah dilantik bagi mewakili pihak FMM sebagai penasihat kepada PMJ.

Pertemuan telah diadakan di Syarikat Jun Chong Sdn Bhd, Kluang dan delegasi PMJ diketuai oleh Pn Hilmun binti Mohamed, Pengarah PMJ yang disambut oleh En. Yap Chen Chong, Pengarah Urusan Syarikat Jun Chong Sdn Bhd merangkap Naib Pengerusi Jawatankuasa FMM Wilayah Johor Tengah & Utara. Turut sama hadir Cik Sim BS, Pengurus Kanan FMM Cawangan Johor.

Hasil perbincangan bersama, pelbagai input yang bernas dan membina bagi memantapkan jaringan kolaborasi ini telah diperolehi. Semoga dengan kunjungan ini dapat merapatkan hubungan akademia dengan industri yang secara tidak langsung dapat memberi maklum balas ke arah memantapkan keperluan pelajar di Politeknik Mersing.