Misi Bantuan Banjir Kampung Jamari dilaksanakan sebagai tanda prihatin warga Politeknik Mersing (PMJ) dalam menghulurkan bantuan kepada komuniti dan pelajar yang terkesan dengan bencana banjir yang melanda baru-baru ini. Seramai 45 orang pelajar dan 23 orang kakitangan telah terlibat dalam membersihkan beberapa lokasi seperti dewan utama, surau, kantin dan 2 blok asrama pelajar.

Dengan pelaksanaan program ini, diharapkan dapat memupuk semangat dan kualiti kepimpinan dalam kalangan sukarelawan seterusnya melahirkan individu yang bertanggungjawab terhadap masyarakat dan komuniti setempat.