27 November 2022 - Career Innovation Entrepreneurship Festival (CIEF 2022) berfokus kepada gabungan ketiga-tiga elemen iaitu kerjaya, inovasi dan keusahawanan, melalui penganjuran daripada Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan (UPIK), Unit Corporate Industrial Service & Employment Center (CISEC) dan Unit Keusahawanan Politeknik Mersing (PMJ) yang telah berlangsung pada 27 dan 28 November 2022.
 
Elemen inovasi mengetengah­kan 35 projek akhir pelajar di Students’ Projects Exhibition Vol. 10 (SPEx 10) iaitu persembahan dan pembentangan projek yang telah melepasi kriteria yang ditetapkan. Para penilai daripada industri yang berkaitan seperti Cytron Technologies Sdn Bhd, Suria Pembekal Umum Sdn Bhd, Supreme Didactic, Cool Code Sdn Bhd, TIME dotCom Berhad, Yann Rift Empire dan Olive House Cyberjaya (Alara Resources).
Festival ini menyediakan ruang perkongsian ilmu menerusi Forum Bual Bicara Bersama Alumni PMJ, CEO@Polycc yang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cyber Security Malaysia, Dato Ts. Dr Haji Amiruddin bin Abdul Wahab dan Seminar Keselamatan Internet daripada Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
 
Turut hadir menyempurnakan majlis ialah Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri Dan Komuniti JPPKK, Puan Yusma Binti Yusof Pengarah Politeknik Mersing, Puan Hajah Hilmun binti Mohamad, Timbalan Pengarah Akdemik PMJ, Tuan Haji Hamzah bin Zakaria dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ts Puan Suhana binti Ismail.
 
Selain itu, diadakan juga Pertandingan Business Pitching, Karnival Siswapreneurship PMJ 2022 dan perasmian Pusat Simulasi Perniagaan oleh Dato Ts. Dr Haji Amiruddin bin Abdul Wahab.
Turut berlangsung Majlis Menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik (CoC) bersama para industri serta Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri PMJ.
"Digital Innovation Through Entrepreneurship for Sustainability in TVET Career"