15 November 2022 – Fakulti Pengkomputeran , Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menganjurkan “International Competition and Exhibition on Computing Innovation” (iCE-CInno 2022) dengan tema “Empowering Change, Inspiring Technology” pada 1 hingga 3 November 2022 di Dewan Serbaguna, Kampus Pekan, UMP.
 
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Mersing telah mewakili 1 penyertaan produk daripada pensyarah yang bertajuk “Pertinence of Technology Utilisation Using Multi-Cluster Analysis and SAMR Model”. Pertandingan poster dan pameran “booth” serta sesi penilaian telah dilaksanakan selepas acara pembukaan CEO @ Faculty Talk oleh Ketua Pegawai Eksekutif dari Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd. Encik Michael Yuan. Pada majlis penyampaian hadiah, keputusan oleh para juri dan penganjur telah menobatkan produk ini dengan pencapaian Pingat Emas dan Special Award dengan membawa hadiah wang tunai RM300 bagi Kategori Pasca Siswazah.
 
Seluruh warga JTMK, Politeknik Mersing merakamkan sekalung tahniah dah penghargaan kepada Ts. Dr. Norhafizah Binti Ismail atas penyertaan dalam pembentangan produk inovasi yang telah memperolehi kejayaan dalam pertandingan ini. Terima kasih atas sokongan padu kepada pihak pengurusan dan warga JTMK. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Teruskan langkah konsisten dan gandakan usaha untuk meniti kejayaan pada masa akan datang. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Luaskan empayar, lestarikan misi terbang tinggi Politeknik Mersing ke puncak kegemilangan.