Innovation Technology Expo (ITE@ JPPKK 2022) telah berlangsung dari 19 hingga 20 Oktober 2022 dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bertempat di Dewan Sri Putra, Politeknik Nilai (PNS).

Majlis Penyampaian Anugerah telah menobatkan Anugerah Platinum kepada pempamer projek inovasi pelajar dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Mersing bertajuk “Wristgency 00 as Peculiar Framework for Agile Development in Health Monitoring.” Sekalung tahniah kepada Muhammad Ridhuan bin Sazali, Devaneyan a/l Muniandy dan Muhammad Badrul Amin bin Masrol dan Ts. Dr. Norhafizah binti Ismail sebagai Penyelia Penyelia Projek Tahun Akhir pelajar bagi Sesi Disember 2020.