Audit Pematuhan SIRIM ISO 21001:2018 Educational Organizations Management System (EOMS) telah berlangsung selama 2 hari pada 17-19 Oktober 2022. Tn Hj Hamzah Zakaria, Timbalan Pengarah Akademik telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Audit Sirim ISO EOMS yang diadakan di Bilik Perbincangan PMJ pada 19 Oktober 2022. Turut hadir adalah Ts Suhana Ismail, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik bersama-sama semua Ahli Mesyuarat Pengurusan. Ketua Auditor dari SIRIM En Muhammad Fadhlullah bin Rahmat telah mengulas penemuan, cadangan dan pandangan pada sesi mesyuarat penutup tersebut.