3 Jun 2022- Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (Unit Sukan), Polysport PMJ, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Kelab Prosis telah menganjurkan Karnival Sukan Antara Jabatan bertempat di Padang Pusat Sukan PMJ. Turut hadir menyempurnakan karnival ini Tuan Haji Hamzah bin Zakaria, Timbalan Pengarah Akademik PMJ, Encik Hj Zulhazmi bin Kassim Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan, Puan Nia Farhana Binti Izaddin Unit Sukan, Pegawai Belia dan Sukan serta pelajar PMJ.
 
Karnival ini telah melibatkan warga PMJ untuk menyertai kesemua sukan-sukan yang dianjurkan antaranya bola tampar, bola jaring dan futsal kategori lelaki. Matlamat karnival adalah untuk mencari bakat baru dalam sukan yang dianjurkan kepada pelajar baru PMJ selain menggalakan pelajar melibatkan aktiviti kecergasan ke arah hidup yang lebih sihat.
Berikut merupakan senarai pemenang:
 
Futsal:
Tempat Pertama - TEAM SEMALAM(JKE)
Tempat Kedua -BARING FT(JTMK)
Tempat Ketiga -CINCO LANDOS(JKE)
 
Bola Jaring:
Pertama : Keluarga Syira (JTMK)
Kedua : Keturunan Aina (JKE)
Ketiga : Ahli Nab (JTMK)
 
Bola Tampar:
Tempat Pertama - ASBB (JKE)
Tempat Kedua - STEP UP VB (JTMK)
Tempat Ketiga - ICONIC M (JKE)