31 Mac 2022, Majlis Sanjungan Budi, Selaut Kasih diadakan bagi menghargai jasa dan khidmat bakti yang telah beliau curahkan kepada pengoperasian dan pembangunan PMJ sehingga kini bersempena persaraan wajib beliau pada 1 Mei 2022 akan datang.

Bermula sebagai seorang Caretaker (hakiki pensyarah) dan mengakhiri jawatan sebagai Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Tn. Hj. Lajakarek bin Hj. Mohd Amin adalah seorang pegawai yang sangat berdedikasi, berwawasan dan seorang ketua yang sangat disegani oleh warga PMJ.

Terima kasih di atas segala khidmat dan bakti selama ini.
Selamat menempuh alam persaraan dan semoga berbahagia bersama keluarga tersayang.