Mersing, 23 Mac 2022: Seramai 53 orang pelajar dan warga PMJ telah hadir menerima vaksin dos penggalak pada hari ini sempena Program Jom Booster @ PMJ di Dewan Permata Marjan.
Program yang berlangsung bermula jam 11 pagi hingga 1 tengahari dianjurkan khas kepada pelajar dan warga yang ingin mendapatkan dos penggalak ini tanpa perlu membuat temujanji ke klinik berhampiran.
Terima kasih kepada team Pejabat Kesihatan Daerah Mersing sentiasa membantu dan memudahkan para pelajar dengan hadir ke kampus untuk memberi suntikan vaksin ini.
PMJ sentiasa bersama-sama memastikan rantaian Covid19 diputuskan bersama.