23 Februari 2022. Politeknik Mersing Menyantuni Lawatan Penanda Arasan EOMS PMJ daripada Jawatankuasa Kualiti Politeknik Mukah.
Delegasi diketuai oleh Timbalan Pengarah Akademik PMU, En. Iskandar bin Reduan telah disambut oleh Pengarah Politeknik Mersing, Pn Hilmun binti Mohamed. Turut sama meraikan kehadiran pegawai PMU adalah Timbalan Pengarah PMJ, Tn Hj Hamzah bin Zakaria dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PMJ, Tn Hj Lajakarek bin Mohd Amin.
 
Objektif lawatan penanda arasan ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, pengalaman serta pendedahan daripada Unit Jaminan Kualiti PMJ di dalam fasa persediaan, merancang, mengurus sehingga PMJ berjaya mendapat persijilan ISO 21001:2018 EOMS pada akhir tahun 2021.