16 Februari 2022 - Bermula jam 9:30 malam sehingga 11 malam, dengan kerjasama pasukan Bomba, Pejabat Kesihatan Daerah Mersing dan Covid-19 Crisis Management (CCM) PMJ telah melaksanakan kerja-kerja sanitasi di hampir keseluruhan kawasan PMJ termasuk Jabatan Matematik & Sains Komputer, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Pusat Islam, Pejabat Pentadbiran dan Unit Peperiksaan.
Operasi sanitasi ini ialah bagi mencegah dan mengawal penularan wabak Covid -19 di PMJ. Ia juga merupakan inisiatif prihatin pengurusan PMJ terhadap pembendungan wabak covid -19 dikalangan warga PMJ. PMJ sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan warganya.