Telah berlangsung Program Jom Sihat PMJ 2021 yang diadakan di sekitar Kampus Politeknik Mersing, Johor (PMJ) pada 16 Disember 2021. Program bermula seawal jam 8.00 pagi, semua warga PMJ berkumpul di hadapan Dewan Permata Marjan. Aktiviti pada program ini dibahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan wanita bersenam aerobic bersama-sama Pengarah PMJ, Pn. Hilmun binti Mohamed manakala kumpulan lelaki meneruskan aktiviti seribu langkah dan aktiviti berbasikal mengelilingi kampus PMJ bersama-sama Timbalan Pengarah Akademik, Tn. Hj. Hamzah bin Zakaria dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Tn. Hj. Lajakarek bin Mohd Amin.
 
Objektif program ialah untuk memupuk kesedaran kepentingan kesihatan di kalangan kakitangan PMJ dan program seumpama ini dapat mengeratkan ikatan ukhwah di kalangan kakitangan. Budaya dan gaya hidup sihat, cergas dan aktif melalui aktiviti seperti ini dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik di kalangan warga PMJ. Bersesuaian dengan tema bagi program Jom Sihat PMJ 2021, Sihat Lebih Bahagia atau Healthy is Happier.
Semoga program yang telah dirancang dan dikendalikan oleh Unit Sukan PMJ dapat di manafaatkan oleh seluruh warga PMJ dan yang paling penting adalah seluruh warga PMJ sentiasa mematuhi SOP yang disaran oleh kerajaan bagi memastikan rantaian Covid-19 dapat segera diputuskan.