MAJLIS APRESIASI PMJ 2021- “Hadirmu Satu Inspirasi, Keringatmu Membina Generasi”

Majlis ini telah diadakan pada 9 Disember 2021 bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai warga PMJ yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang sepanjang tahun 2021.
 
Majlis diserikan dengan kehadiran Puan Hilmun binti Mohamed, Pengarah Politeknik Mersing, diiringi Timbalan Pengarah Akademik, Tuan Haji Hamzah bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Tuan Haji Lajakarek bin Mohd Amin, ketua-ketua jabatan/unit, barisan pensyarah serta staf-staf sokongan.
Terdapat 11 anugerah yang dipertandingkan dan berikut merupakan senarai pemenang:
1. Anugerah Khas Khidmat Bakti Mutiara - Tuan Haji Lajakarek bin Mohd Amin
2. Anugerah Khas Pengarah – Puan Azreen Binti Khamis
3. Anugerah Tokoh Kepimpinan - Puan Azreen Binti Khamis
4. Anugerah Bitara - Dr. Norhafizah Binti Ismail
5. Anugerah Ikon Akademik - Ts. Murugan A/L Krishnan
6. Anugerah Jasa Bakti – Puan Raja Faraazlina Bt R. Mohamed Junior
7. Anugerah Sanjungan Budi – Encik Salehan Bin Mat Saat
8. Anugerah Platinum – Ts. Zainolrin Bin Saari
9. Anugerah Sukarelawan Politeknik – Puan Zati Hafiza Binti Abdul Halim
10. Anugerah PA Prihatin - Puan Salhasmidah Binti Suleiman
11. Anugerah Adiwira – Puan Nia Farhana Binti Izaddin
 
Tahniah diucapkan kepada penganjur majlis; Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK), semua penerima anugerah dan semua yang terlibat. Semoga majlis ini menjadi pemangkin kepada usaha untuk meningkatkan kebertanggungjawaban warga PMJ dalam menyumbang tenaga dan terus berusaha demi meningkatkan lagi prestasi dan nama PMJ dengan pencapaian, kejayaan dan kecemerlangan yang lebih gemilang pada tahun yang akan datang.