Biro Kebajikan PUSPANITA Cawangan Politeknik Mersing dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Malaysian Relief Agency (MRA) telah mengadakan majlis penyerahan sumbangan berbentuk keperluan harian kepada warga PMJ yang terpilih sebagai tanda prihatin kepada warga PMJ yang lebih memerlukan.
 
Pengerusi Puspanita, Hajah Hilmun binti Mohamed menyempurnakan sebanyak 52 sumbangan kepada Wakil Pembersihan, Puan Suhaidah binti Sidek, Wakil Landskap Encik Asmi bin Jalil dan Wakil Pengawal Keselamatan Encik Muhammad Fairis Syazwan bin A. Rashid. Selain itu, lebihan sebanyak 131 sumbangan kepada wakil MRA, Puan Nur Azilahazah binti Ramlee.
 
Tahniah dan syabas kepada pihak yang terlibat terutamanya Sukarelawan PMJ, YaPEIM dan MRA yang menjayakan Program Jalinan Kasih ini semoga pelaksanaan program ini dapat meringankan komitmen golongan yang terkesan.