Program Sinergi Santuni Rakyat (SINAR) 2021 oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) dan Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor, berlangsung di PMJ bagi sesi penyerahan sumbangan Program Sinergi Santuni Rakyat (SINAR) bagi menyantuni rakyat Johor yang terjejas akibat Covid-19.
 
Dua orang pelajar dan seorang alumni PMj sebagai penerima sumbangan ini adalah Deventhirram A/L Sreedharan, Yeosini A/P Rajinderan dan Arifah Azra binti Mohd Khalid. Sumbangan telah disampaikan oleh En. Wirarinnata bin Sadikan, Pegawai Tadbir YPKDT Daerah Mersing.
 
Turut menyaksikan serahan sumbangan ini adalah Puan Hilmun Mohamed (Pengarah PMJ), Hj Hamzah Bin Zakaria, Hj Lajakarek Bin M Amin dan En Muhammad Fairullah Bin Mohammadon