Pada hari ini 6 November 2021 bermula pukul 8 pagi telah berlangsungnya pendaftaran kamsis bagi semester 1:2021/2022 yang melibatkan seramai 400 orang pelajar daripada Jabatan Teknologi Maklumat dan Jabatan Perdagangan semester 1 dan semester 5.
 
Pihak warden kamsis telah memastikan pelajar dan ibu bapa mematuhi SOP yang ditetapkan.
Proses pengambilan suhu, penjarakan sosial dan penggunaan hand-sanitizer adalah sangat dititikberatkan. Setiap pelajar juga dikehendaki melakukan ujian RTK covid-19 serta menunjukkan sijil digital bagi 2 dos vaksinasi yang lengkap sebelum melakukan pendaftaran kamsis.
 
Selamat pulang ke kampus diucapkan kepada semua pelajar yang mendaftar kamsis pada hari ini dan diharapkan mereka semua terus mematuhi peraturan sepanjang berada di dalam kamsis.