Dimaklumkan bahawa AUDIT SIRIM ISO 21001:2018 EDUCATIONAL ORGANIZATIONS MANAGEMENT SYSTEM (EOMS) Stage 2 oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. ke atas Politeknik Mersing telah dilaksanakan dengan jayanya pada 24-26 Oktober 2021 dan dilaksanakan secara remote audit.
 
Sukacita dimaklumkan, SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah mengesyorkan pensijilan EOMS untuk tahun pertama ini. Hasil audit mendapati tiada sebarang penemuan (0) NCR (ketidakakuran atau non-conformity report) dan penemuan (0) OFI (peluang penambahbaikan atau Opportunity for Improvement). Antara unit/jabatan yang terlibat ialah Unit Jaminan Kualiti, Unit Audit Dalaman, Unit Peperikasaan, Unit Perolehan, UJK, Unit Komunikasi Korporat (UKK), Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL), Jabatan Perdagangan, Jabatan Pengajian Am, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer
 
Jutaan terima kasih kepada Lead Auditor Team, Encik Muhammad Fadhlullah Bin Rahmat dan Puan Fauziah Binti Sulaiman di atas nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan. Tahniah sekali lagi kepada semua warga PMJ yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam pelaksanaan Audit Pensijilan EOMS MS ISO 21001:2018 bagi tahun 2021. Semoga usaha ini dapat dikekalkan pada masa akan datang dan semoga kualiti dan budaya kerja cemerlang menjadi budaya warga PMJ. Syabas dan Tahniah diucapkan.
 
"Quality is not an act, it is a habit"