Program"Jom Baca Bersama 10 Minit" merupakan antara inisiatif Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah bersama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia serta Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dan seterusnya menjadikan tabiat suka membaca sebagai satu amalan hidup. Program Jom Baca Bersama 10 Minit pada tahun 2021 ini merupakan program kali ke-8 diadakan di seluruh Malaysia.
 
Berdasarkan laporan World's Most Literate Nation 2020, Malaysia berada pada kedudukan ke-53 dalam senarai negara membaca dan seiring dengan itu, pada 22 April 2021 yang lalu, Perpustakaan Nilam Sari, Politeknik Mersing Johor telah mengadakan program Jom Baca bersama 10 minit Peringkat Politeknik Mersing. Beberapa aktiviti turut diadakan untuk pelajar, kakitangan, anak kakitangan dan anak-anak Taska Permata, Politeknik Mersing. Antara aktiviti yang sedang berjalan ialah Pertandingan melukis poster Jom Baca 10 minit dan pertandingan mencipta kad raya.