Webinar One Touch Research (OTR 2021) merangkumi perkongsian pengetahuan berhubung penyelidikan dan inovasi telah dianjurkan oleh Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan (UPIK), Politeknik Mersing pada 15 April 2021, Khamis. Penceramah yang dijemput, Dr. Norhafizah Ismail, Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan serta Puan Siti Farah Hussin, Penyelaras UPIK Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman menerusi webinar ini.
 
Bertemakan Promulgating to Cultivate Research Thrive, webinar ini bertujuan memberikan pendedahan kepada warga penyelidik berhubung asas penulisan abstrak, penggunaan sistem Penyelidikan dan Inovasi (SyRI) yang perlu dikemaskini bagi tahun semasa, aktiviti UPIK Politeknik Mersing dari tahun 2017 hingga 2021 dan KPI Penyelidikan dan Inovasi tahun 2021. Selain itu, tatacara, tips dan pengendalian permohonan One-Off Luar Negara serta Skim Geran Penyelidikan TVET (T-ARGS) juga telah dikongsikan.
 
Seramai 39 orang peserta yang hadir terdiri dari warga akademik Politeknik Mersing, Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia. Justeru, adalah diharapkan sedikit perkongsian ini dapat memberi peluang penyelidik dan pereka inovasi PolyCC dalam meneruskan motivasi menjalankan penyelidikan agar lebih cerdik.
 
Sumber:
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan, Politeknik Mersing