­

𝐌𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐓𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐌𝐏𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐄𝐊𝐎 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍

Pada 12 Mei 2024, SmartGreen Politeknik Mersing bersama Pelajar Kelab Mesra Alam telah megikuti Acara terakhir siri Pra-Persidangan Sidang Kemuncak SDG 2024: Wilayah Timur bertemakan “Tindakan Iklim dalam Menangani Impak Perubahan Iklim”, yang telah berlangsung di KampungStay@Teluk Buih, di Mersing, Johor. Program ini dianjurkan oleh ECERDC dengan kerjasama United Nations Development Programme (UNDP) yang disokong oleh Global Environment Centre (GEC), Tengah Island Conservation (TIC), dan Reef Check Malaysia.
Program pra-persidangan ini juga melibatkan sesi taklimat oleh UNDP, TIC, dan GEC mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), aktiviti praktikal, dan penanaman pokok oleh peserta-peserta melebihi 30 orang yang terdiri daripada pelajar Politeknik Mersing serta pelbagai agensi dan pihak berkuasa tempatan.
Hadir di program tersebut adalah Dato’ Ragu Sampasivam, Ketua Pegawai Operasi ECERDC, Tn. Jamil Hasni bin Abdullah, Pegawai Daerah Mersing; En. Azfaazam Kasbani, Pengarah Pusat SDG Kebangsaan; Pn. Sheela Inthiram, Penolong Pengarah (Pembangunan Mampan) Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli, Kementerian Ekonomi; En. Muhammad Lutfi bin Abbas, Penolong Pegawai Daerah Segamat; pegawai-pegawai alam sekitar dari Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor, wakil daripada Kementerian Ekonomi, Pejabat Daerah Mersing, Pejabat Daerah Segamat, dan para pemegang taruh utama lain.
Siri pra-persidangan bagi Sidang Kemuncak SDG 2024: Wilayah Pantai Timur ini merupakan yang terakhir sebelum membuka tirai Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Malaysia 2024: Wilayah Pantai Timur yang akan diadakan pada 19 Mei 2024 di Kuala Terengganu. Sekalung penghargaan kepada semua peserta yang telah memberi komitmen yang tinggi sepanjang program berlangsung.
Read More

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐂𝐂 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐘𝐁 𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐎𝐍 𝐁𝐈𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐁𝐀𝐑, 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

Pada 12 Mei 2024, Puan Fadzillah Binti Mohd Yusof, Pengarah Politeknik Mersing telah mengikut satu Lawatan Kunjung Hormat Polycc Negeri Johor Ke Atas YB Dato’ On Bin Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia Dan Sukarelawan) di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Iskandar Puteri. Lawatan ini turut disertai oleh Pengarah-Pengarah PolyCC Zon Johor, Pegawai Penerangan dan Pegawai Belia dan Sukan PolyCC Zon Johor.
Tujuan lawatan adalah untuk mewujudkan hubungan kerjasama dua hala di antara PolyCC Zon Johor dengan Kerajaan Negeri khususnya bagi melibatkan para Belia dalam Pendidikan TVET di Negeri Johor. Semoga hubungan ini memberi impak positif kepada POLYCC dalam menjadi sebuah Institusi TVET yang dapat melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dan cemerlang dalam bidang masing-masing. POLYCC pilihan utama pelajar lepasan SPM. TVET pilihan utama kerjaya.
Read More

𝐒𝐓𝐔𝐃𝐄𝐍𝐓𝐒’ 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐂𝐓𝐒 𝐄𝐗𝐇𝐈𝐁𝐈𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐕𝐎𝐋.𝟏𝟑 𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 𝐈𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟑/𝟐𝟎𝟐𝟒

Pada 8 Mei 2024 telah berlangsung Students’ Projects Exhibition Vol.13 Session II 2023/2024 yang dianjurkan Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial, Politeknik Mersing di Dewan Permata Marjan, Politeknik Mersing.
Sebanyak 61 projek dari pelajar semester akhir sesi II 2023/2024 dipertandingkan melibatkan kesemua jabatan iaitu JKE, JTMK dan JP dan dari jumlah tersebut hanya 27 projek sahaja yang terpilih ke SPEX’13. Program ini telah memberikan fokus kepada projek pitching dan inovasi projek akhir pelajar yang telah melepasi kriteria yang ditetapkan oleh setiap jabatan akademik di Politeknik Mersing. Objektif utama program ini adalah untuk mengenalpasti produk inovasi yang berpotensi tinggi untuk diketengahkan dan dikomersialkan ke peringkat yang lebih tinggi.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Dr. Anwar bin Hamid @ Pa, Timbalan Pengarah, Unit Inovasi, Pusat Penyelidikan dan Inovasi, JPPKK. Turut berlangsung ialah Pelancaran e-Jurnal PMJ – Southern International Journal. Hadir sama ialah Puan Fadzillah Binti Mohd Yusof, Pengarah PMJ, Dr. Setiawan Binti Hardono, Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Norazlina Binti Ahmad, Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial (KUPIK). Manakala untuk SPEX’13 ini seramai 3 orang Juri telah dilantik di kalangan rakan industri, dan 3 orang Juri di kalangan akademik yang diketuai oleh Ts. Mohamad Falihin Bin Yusof dari Falah Techno Development.
Berikut adalah Keputusan penuh Spex’13 Sesi II 2023/2024:-
Penerima Anugerah Emas:
1. JKE13 LEVERAGING IOT FOR EFFICIENT AND AFFORDABLE
2. JP12 VERSA.CO
3. JP03 RFID PIGEON HOLE
4. JP07 BIZZDISK MASTERY
5. JP08 GUAVA MINT SOAP SCRUB
6. JKE20 BABY CRADLE MONITORING SYSTEM
7. JTMK13 SWORD OF CODE : LEARN CODING AND ADVENTURE
8. JTMK23 IMPLEMENTATION AND DEVELOPMENT OF SECURE WEB
Penerima Anugerah Perak:
9 JP10 AQUAGUARD TREKFLOW
10 JTMK22 IMPLEMENTATION OF WEB BASED REGISTRATION AND ATTENDANCE OF LITTLE UNAIS KINDERGARTEN
11 JTMK17 AL-KHAIRIAH EDUWALLET
12 JTMK11 JFH CONSULTANT WEBSITE
13 JTMK06 GROVE GLIDE (WOODBALL SCORE APPLICATION)
14 JP05 CONVERTIBLE LAPTOP PLATFORM (CLAP)
15 JTMK02 CRASHPROOF SENTRY
16 JTMK25 I-SAFE QUESTZANIA
17 JKE18 Auto feeder shrimp
18 JP06 TASTE N’ TECH
19 JTMK07 AQUARIUM WATER QUALITY SYSTEM
Penerima Anugerah Gangsa:
20 JKE09 SMART TURTLE EGG HATCHING
21 JP02 SAFETY SCHOOL TRANSPORT
22 JKE17 ARDUINO PULSE RATE OXYGEN MONITOR
23 JKE12 HOME AUTOMATION WITH ESP32 USING TELEGRAM
24 JKE03 RFD SPOTIFY CONTROLLER
25 JKE01 Temperature Camera
26 JKE06 VERTICAL HYDROPONIC SYSTEM
27 JKE08 AUTOMATION TISSUE DISPENSER
Anugerah Terbaik Setiap Jabatan
JKE13 LEVERAGING IOT FOR EFFICIENT AND AFFORDABLE
JTMK13 SWORD OF CODE : LEARN CODING AND ADVENTURE
Anugerah Inovatif
JTMK13 SWORD OF CODE : LEARN CODING AND ADVENTURE
Anugerah Kreatif
Anugerah Mampan
JKE13 LEVERAGING IOT FOR EFFICIENT AND AFFORDABLE
Anugerah Khas Juri
JTMK CITY WARDEN
Juara Keseluruhan
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Menjadi harapan dengan pelaksanaan pertandingan SPEX’13 dapat mencapai objektif yang disasarkan dan mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak. Secara tidak langsung program ini dapat membantu melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan, kreatif dan inovatif untuk meningkatkan nilai kebolehpasaran dan dapat bersaing di alam pekerjaan. Diharapkan juga aktiviti pameran ini dapat membantu pelajar dalam mengetengahkan produk bermutu dan berpotensi tinggi dalam melestarikan budaya inovasi di kalangan pelajar – pelajar politeknik. Sekalung penghargaan dan terima kasih buat semua yang telah menjayakan SPEX’13 ini.
Read More

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐎𝐔𝐓𝐑𝐄𝐀𝐂𝐇-𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐆𝐀𝐋𝐀𝐊𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋

Kelab Komputer PMJ dengan kerjasama Unit Promosi HEP telah menganjurkan Kursus Menjelajah Galaksi Digital yang dihadiri oleh 20 orang pelajar Tingkatan 4 dan seorang guru pengiring daripada SMK Sri Mersing.
Pelajar didedahkan dengan cara menghasilkan Canva yang bertajuk “Komponen Asas Komputer” dan seterusnya menggunakan aplikasi Capcut untuk mereka sebuah video pendek berdasarkan hasil canva itu tadi.
Program berakhir dengan lawatan pelajar ke Dewan Permata Marjan bagi menyaksikan projek semester akhir pelajar PMJ di pameran SPEx’13.
Unit Promosi HEP berharap lebih banyak program PMJ akan dianjurkan dengan melibatkan sekolah-sekolah di daerah Mersing bagi mempromosikan PMJ dalam kalangan pelajar.
Read More

𝐂𝐑𝐎𝐒𝐒 𝐂𝐔𝐋𝐓𝐔𝐑𝐀𝐋 𝐅𝐈𝐓𝐍𝐄𝐒𝐒 𝐉𝐔𝐌𝐏-𝐑𝐎𝐏𝐄 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏 (𝐉𝐔𝐌𝐏-𝐑𝐎𝐏𝐄 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏 𝐊𝐎𝐑𝐄𝐀 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀)

Pada 2 hingga 4 Mei yang lalu, Politeknik Mersing telah melakar kejayaan dalam penganjuran di peringkat antarabangsa bagi program Cross Cultural Fitness Jump-Rope Workshop Korea-Johor Malaysia. Delegasi dari Persatuan Lompat Tali Korea (KRSA) telah disambut dengan penuh meriah di Lapangan Terbang Senai oleh JORSIS dan Politeknik Mersing. Program ini telah melibatkan 120 peserta dari 4 politeknik, 2 kolej komuniti, 5 Sekolah Menengah dan 14 Sekolah Rendah.
Tahniah kepada semua peserta yang terlibat:
a) Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC)
1. Politeknik Mersing, Johor
2. Politeknik Muadzam Shah, Pahang
3. Politeknik Ibrahim Sultan, Johor
4. Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
5. Kolej Komuniti Bandar Penawar, Johor
6. Kolej Komuniti Pasir Gudang, Johor
b) Sekolah Menengah
1. MRSM TDI Pontian
2. SMK Dato Penggawa Barat, Pontian
3. SMK Dato’ Penggawa Timur, Masai
4. SMK Pasir Putih, Pasir Gudang
5. SMK Mersing
c) Sekolah Rendah
1. Sekolah Rendah Agama (SRAB) Mersing
2. SK LKTP Nitar 2 Mersing
3. SK Pengkalan Rinting
4. SK Kong Kong Laut Masai, Johor
5. SK Sedenak Kulai
6. SK Kompleks Uda, Bandar Baru Uda, Johor Baharu
7. SK Temenggong Abdul Rahman 1, Johor Bahru
8. SK Temenggong Abdul Rahman 2, Johor Bahru
9. SK Tenglu Mersing
10.SK Felda Kahang Barat, Kluang
11. SJKC Yu Hawa, Kota Tinggi
12. SK Sungai Boh, Pontian
13. SK Taman Selesa Jaya, Johor Bahru
14. SK. Sri Tebrau, Johor
Bengkel ini julung kalinya diadakan bagi memperkasakan kemahiran asas sukan lompat tali yang semakin dikenali. Rentetan dari kejayaan Kelab PMJumpers dalam pelbagai kejohanan lompat tali dalam negara dan antarabangsa, Politeknik Mersing mengambil inisiatif bekerjasama dengan Pasukan Lompat Tali Negeri Johor (JORSIS) dan Korea Rope Skipping Association (KRSA) bagi menjayakan bengkel ini. Seramai 17 orang atlit sukan lompat tali dari Korea Selatan telah berkongsi kemahiran bersama peserta.
Majlis Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh En. Mohd Fairullah bin Muhammadon, mewakili Pengarah Politeknik Mersing selaku tuan rumah. Turut berucap semasa majlis perasmian penutup ialah Mr. Kim Daejong, Setiausaha Agung Persatuan Lompat Tali Korea (KRSA), Pn. Hjh Habibah binti A. Hamid, Pengarah bagi Johor Sports Jump Rope Association (JORSIS) dan En. Musa bin Atan selaku Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Turut hadir sama ialah Prof. Lee Gyucheol, Presiden Persatuan Lompat Tali Korea (KRSA). Majlis ini turut dimeriahkan dengan persembahan lompat tali dari Malaysia dan Korea.
Program ini diakhiri dengan delegasi dari Korea dibawa melawat ke Kepulauan Mersing, Yayasan Warisan Johor dan Kebudayaan Negeri Johor bersesuaian dengan objektif program dalam memberi pengalaman dan pertukaran budaya dan warisan Malaysia kepada delegasi dari Korea ini.
Semoga bengkel ini menjadi pemangkin kepada kemajuan sukan lompat tali Malaysia di persada dunia. Sekalung penghargaan dan terima kasih di atas komitmen dari semua peserta, jawatankuasa penganjuran yang telah menjayakan program di peringkat antarabangsa ini. Tahniah!!!
Read More

MEMPERKASA POLITEKNIK MERSING SEBAGAI PENYEDIA TVET NEGERI JOHOR

𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

𝟑𝟎 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀| 𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐈, 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

Hari ini Puan Hajjah Fadzillah Binti Mohd Yusof telah berbesar untuk terlibat dalam satu Majlis Perjumpaan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan & Penerangan Negeri Johor bersama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Negeri Johor bertempat di Bangunan Dato’Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor.

Seperti kita sedia maklum, banyak institusi penyedia TVET di negeri Johor. Terdapat pelbagai Institusi Pendidikan tinggi antaranya Politeknik, Kolej Komuniti, Institusi Pendidikan di bawah YPJ, Institusi Pendidikan di bawah MARA, dan banyak lagi.

Majlis perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan dan membuat pemetaan atau mapping seterusnya menyusun semula program-program yang ditawarkan supaya semuanya menjadi lebih sistematik dan menepati keperluan dan kehendak pasaran pada hari ini.

Semoga perbincangan ini juga dapat memperkukuh kolaborasi dan memperkasa industri TVET di negeri Johor seterusnya dapat menyediakan bakat atau tenaga kerja yang mampu mengisi keperluan pasaran kerja di negeri Johor, terutamanya dalam mengisi keperluan tenaga kerja di dalam Johor-Singapore Special Economic Zone (JS SEZ) yang akan termeterai tidak lama lagi.

Read More

BIZECOM WEEK 1.0

𝐁𝐈𝐙𝐞𝐂𝐨𝐦 𝐖𝐄𝐄𝐊 𝟏.𝟎 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍, 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆

𝟑𝟎 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀 | 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆

Pada 27 April 2024 sehingga 30 April 2024, Jabatan Perdagangan Politeknik Mersing buat julung kali pertama telah menganjurkan program BIZeCom Week 1.0. Tujuan program ini adalah untuk melahirkan pelajar yang seimbang dan holistik dalam bidang ilmiah, sukan, kebudayaan dan keusahawanan. Program ini juga dianjurkan sebagai satu usaha bagi memupuk dan meningkatkan kemahiran komunikasi, daya pimpin dan keyakinan para pelajar untuk mengelola setiap aktiviti yang telah dirancang dengan baik. Penganjuran BIZeCom Week 1.0 telah berjaya menyumbang kepada pencapaian KPI jabatan iaitu Program Pensyarah Pelawat Industri (PPI) dan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bersama komuniti setempat.

Seramai 480 pelajar telah menyertai program ini, yang terdiri daripada 237 pelajar program Diploma Pengajian Perniagaan (DPM) dan 243 pelajar program Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK). Program ini telah dirasmikan oleh Puan Norbizuna Binti Abd Rashid, Ketua Jabatan Perdagangan Politeknik Mersing. Turut hadir adalah para pensyarah Jabatan Perdagangan yang memberi sokongan kepada program ini.

Diharapkan melalui program ini, para pelajar dapat memperoleh pengalaman dan pengetahuan baru yang membantu dalam pembangunan kerjaya dan kehidupan mereka pada masa akan datang.

Read More

PROGRAM MYHERO : LIFE SAVER CAMP

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐃𝐈𝐏𝐋𝐎𝐌𝐀 𝐒𝐀𝐈𝐍𝐒 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐀𝐍 (𝐃𝐒𝐊𝟓), 𝐏𝐌𝐉 & 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐏𝐀𝐒 𝐉𝐀𝐋𝐈𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐘𝐇𝐄𝐑𝐎: 𝐋𝐈𝐅𝐄 𝐒𝐀𝐕𝐄𝐑 𝐂𝐀𝐌𝐏

𝟒 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐒𝐀𝐁𝐓𝐔 | 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐏𝐀𝐒, 𝐊𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆

Pada 2-4 Mei 2024, seramai 33 orang fasilitator terdiri dari pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK5) telah berjaya menganjurkan Program MyHero: Life Saver Camp yang bertempat di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS), Kluang. Program ini merupakan keperluan wajib dibawah kursus DPK50183: Event Organization dimana pelajar perlu mengasah bakat pengurusan sesuatu majlis dari Pengurusan Kertas Kerja (peruntukan) sehingga ke peringkat pengangjurannya.

Program MyHero: Life Saver Camp telah memberi pendedahan kepada para peserta yang terdiri dari 30 orang pelajar Kelab Sukarelawan berkaitan pengurusan bencana khususnya bencana banjir. Peserta akan didedahkan dengan pengurusan di pusat pemindahan, pengurusan mangsa bencana alam,cara menyelamat di air, rawatan pertolongan cemas dan sebagainya.

Penganjuran program ini sekaligus dapat memupuk sifat kepimpinan dalam diri peserta ketika mengendalikan sesuatu program, mempertingkatkan komunikasi yang berkesan dalam kalangan peserta, membina jaringan hubungan di antara Politeknik dan agensi kerajaan yang lain pada masa akan datang dan yang paling utama mampu mempersiapkan peserta dalam menghadapi sebarang bencana yang tidak diduga pada masa akan datang.

Semoga dengan pengangjuran program berimpak seperti ini mampu membuka jaringan kolaborasi yang lagi luas dengan agensi-agensi kerajaan yang lain dalam mempersiapkan para pelajar yang berkemahiran tinggi dalam segenap aspek kehidupan.

Read More